Tuesday, July 27, 2010

Melancong ke Hatyai, Songkla, Thailand


Lawatan 2h 1mlm ke Hatyai anjuran PEWANI, UiTM Kedah. Walau pun masanya singkat tapi berbaloi sebab banyak juga tempat yang sempat dilawati. Hari pertama ke Nora Plaza (brgn kulit & kraf), kedai aneka kacang & mkn ringan, mkn tengari di restoran Kay Tod Daycha (makan nasi kuning ayam goreng), Robinson supermarket & night market. Tidur di hotel Mayflower Garden-selesa gak. Hari ke2, breakfast nasi lemak di Salma restoran, kemudian ke Hatyai old market-beli baju & kain yg murah berbanding di SP, Carefour, naik kereta kabel di bukit Khao Tung Kuan & Samila beach. Akhir sekali ke Khlonghae Hatyai floating market untuk menikmati mknan & minuman yg dijual dlm perahu-suatu yg unik! Bertolak balik ke SP pada jam 8 mlm. Penat! Tapi rasanya nak pergi lagi ke Hatyai.

Wednesday, July 21, 2010


Panduan syarak berkaitan pakaian wanita Islam (Muslimah):

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

Petikan dari http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=98&Itemid=1

Sunday, July 18, 2010

My PhD proposal


My supervisor's comments (15 Jul 2010):
i. a short title is preferred
ii. certain parts of background of study should be excluded to other relevant parts
iii. problem statement should be more focussed especially on efficiency & productivity
iv. new key terms should be included
v. other parts: OK

My actions now:
i. amend the proposal
ii. search for new information especially on efficiency & productivity
iii. plan for a pilot study
iv. start writing a new chapter on development of banking in Malaysia.

Friday, July 16, 2010

Poster presentation

My 1st attempt to present a paper from a thesis proposal is at 1st NAPAS 2010 (6 & 7 Jul 2010, The Grand BlueWave Hotel, Shah Alam). I was sponsored by IPSis to present at the conference. This is only a part of the proposal submitted to IPSis, UiTM. Unfortunately, this paper was only accepted for poster presentation but included in the conference proceedings. So. this is how the poster looks alike-too simple-because of no experience in poster presentation before!

Riadah @ Tangga Kenari, Kg Acheh (2006)


Aktiviti bersama rakan2 pensyarah wanita UiTM Kedah. Pemandangan yang cantik, suasana yang hijau dengan rakan2 yang sporting. Program ini dinamakan sebagai Duck Walk. Mungkin sebab kombinasi panjat tangga + makan nasi lauk itik di Sg Yan (agaknya). Kami cuma mampu panjat beberapa ratus anak tangga saja. Rancangannya nak pergi semula bersama keluarga, tapi sampai sekarang rancangan tu tak jadi lagi.

Monday, July 12, 2010

Penyelia: Faktor kegagalan PhD?

Kajian Azni et al. menunjukkan ramai pelajar PhD menyatakan kegagalan mereka adalah disebabkan oleh faktor penyelia (supervisor)! Benarkah begitu? Kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar PhD bergantung kepada banyak faktor spt diri sendiri, orang lain (keluarga, rakan, supervisor, masyarakat, institusi dll) dan persekitaran. Faktor diri sendiri paling dominan berbanding faktor-faktor lain. Kita lah yang buat keputusan untuk belajar, kita yang pilih tajuk, universiti, penyelia dll. Sebagai pelajar PhD, mereka mesti berkeupayaan mengawal dan mendorong diri supaya sentiasa berada di landasan yang betul. Tetapkan matlamat dan istiqamah untuk mendapat kejayaan tersebut. kalau ditaqdirkan mendapat penyelia yang ??, dapatkan bantuan co-penyelia @ orang lain yang pakar dalam bidang tersebut. Jangan terlalu bergantung kepada penyelia. Jangan menyendiri-berkawanlah dengan pelajar-pelajar PhD lain. "Be independent and matured". Apa-apa pun yang berlaku kepada penyelia, teruskan kerja dan jangan berhenti berusaha. Sentiasa lah berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan PhD kita, kerana kepadaNya sebenar-benar tempat pergantungan.

Saturday, July 10, 2010

Cabaran sebagai pelajar PhD

PhD hanyalah suatu proses pembelajaran untuk mengendali penyelidikan akademik secara betul dan tepat. Tetapi cabaran dalam proses ini amat hebat dan rumit. PhD bukan proses untuk tentukan seorang pelajar itu bijak atau kurang bijak. Tapi lebih kepada samada seseorang itu berdisiplin, sabar, berjiwa besar, berusaha atau tidak. Kena belajar bagaimana utk sentiasa komited dan fokus. Banyak perkara yang perlu dipelajari semula. PhD adalah masa untuk kita belajar mencari ilmu, menulis, mengkaji dan berkarya dengan cara yang betul. Untuk itu, pelajar PhD seharusnya berusaha mencari GURU yang betul, RAKAN yang betul, TEMPAT yang betul dan BAHAN yang betul supaya boleh menamatkan proses pembelajaran ini dengan betul dan berjaya. Sesiapa yang bergelar pelajar PhD sebenarnya adalah orang yang amat berani dan sanggup menerima cabaran. Syabas!