Saturday, December 4, 2010

Publish or perish!

I'm now in the final process of writing a simple book on Islamic banking. The book's title is ISLAMIC BANKING SYSTEM FREQUENTLY ASKED QUESTIONS. A title given by Prof Madya Siti Akmar, a language coordinator at UPENA, UiTM.

The IBS FAQ book contains some brief notes on Islamic banking concepts, applications and development; and some FAQs on the topic plus anwers. All the answers are written in essay format with diagrams and tables. Basic references are provided at the back of the book.

A book must contains a minimum of 49 pages (UPENA) and comprises of :
  1. Preface
  2. Acknowledgment
  3. Chapters (1,2,3..)-minimum 5 chapters
  4. References Or Bibliographies
  5. Appendixes (if available)
  6. Index

Tuesday, November 30, 2010

Types of abstracts

1. Descriptive abstracts

  • Tell readers what information the article contains
  • Include the purpose, methods, and scope of the article
  • Do not provide results, conclusions, or recommendations.
  • Are always very short, usually under 100 words.
  • Introduce the subject to readers, who must then read the article to find out the author's results, conclusions, or recommendation

2. Informative abstracts

  • Communicate specific information from the article
  • Include the purpose, methods, and scope of the article
  • Provide the article's results, conclusions, and recommendations.
  • Are short -- from a paragraph to a page or two, depending upon the length of the original work being abstracted. Usually informative abstracts are 10% or less of the length of the original piece.
  • Allow readers to decide whether they want to read the article

Essential elements of the abstract are:

  1. Background: A simple opening sentence or two placing the work in context
  2. Aims: One or two sentences giving the purpose of the work.
  3. Method(s): One or two sentences explaining what was done. (Described at length only if it is unusual)
  4. Results: One or two sentences indicating the main findings. (Absolutely essential)
  5. Conclusions: One sentence giving the most important consequence of the work. (Telling what the results mean).

Source: http://www.olemiss.edu/depts/writing_center/grabstract.html

Bengkel Chapters in a Book (CIB):UiTM Kedah 25.11.10
















Semasa & selepas bengkel...

Chapters in a Book (CIB)

Ciri-ciri CIB:
1. tema yang sama
2. ada penemuan baru
3. ada nilai tambah
4. boleh dimajukan
5. sumbang perkembangan satu bidang ilmu


Penulis CIB: Editor + pengarang-pengarang artikel

kandungan CIB:

1.Introduction

....title........ (editor's name)

(ditulis oleh Editor. mesti merangkumi semua kandungan dalam bab-bab lain yang ditulis oleh pengarang-pengarang artikel. editor mestilah seorang yang pakar dalam tajuk & bidang ilmu tersebut)

2. Chapter 1

.....title.... (writer's name)

.

.

4. Conclusion

References

Nota: kalau nak tulis CIB ni, langkah awal ialah mencari rakan2 yang dari bidang yang sama. Ke2, mestilah mereka dari kalangan yang 'love writing', 'willing to share', 'helpful' ..... Ke3, salah seorang kena jadi editor.




Sunday, November 28, 2010

Bengkel Chapters in a Book (CIB): HEB


Bengkel CIB telah diadakan oleh UPENA di UiTM Kedah pada 25 Nov 2010. Fasilitator bengkel ialah Prof Madya Hj Mohd Arris, UPENA Shah Alam.
Ada 2 isu penting dalam bengkel ini:
1. Buku High End (HEB)
2. Chapters in a Book (CIB)

HEB adalah projek spesial VC UiTM. Apa itu HEB? Bunyi macam high impact journal kan...lebih kurang macam tu la agaknya! Mengikut definisi HEB, ciri-ciri yang mesti ada pada HEB ini ialah (i) scholarly ground breaking research (in depth) (ii) new discovery & high impact (iii) evaluated by experts (iv) publish in high impact journal (v) recognized nationally @ internationally. Target VC, mesti terbit 3-5 HEB dalam tempoh 2 tahun! Hebat ni, bukan calang-calang orang yang boleh tulis buku macam ni. Walau bagaimana pun, ia bukanlah suatu yang mustahil. Pada pandangan saya, penulisan HEB ni mesti bermula dengan in depth 'research' @ penyelidikan. Tanpa 'research', buku berstandard HEB tak akan dapat ditulis. Jadi, UiTM kena segera membudayakan 'research' di kalangan para pensyarah. Bila 'research' dah sebati dengan pensyarah, InsyaAllah banyak penulisan akan terhasil.

Monday, November 22, 2010

Anak-anak + study



Tahun ni (2010) Luqman Hakim ada menduduki peperiksaan SPM. Persediaan telah dibuat-revision, bengkel, tuisyen, latih tubi, solat hajat, bacaan yaasin dll. Sekarang ni masa untuk berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT. Mama, abah, along, tok, ayah, mek dan seluruh kaum keluarga mendoakan kejayaan adik dalam SPM. Latifah Husna akan sambung pengajian asasi sains UiTM bagi semester 02 (Dis2010-Mac2011). Along kena usaha bersungguh-sungguh untuk pastikan cita-cita nak jadi pakar sakit jiwa tercapai. Pastikan mental, spiritual dan fizikal mantap. Banyakkan amal ibadat, doa dan jangan main-main semasa belajar!

Saturday, November 13, 2010

11.11.10







Tarikh 11.11.10 mesti dikenang semasa hayat ini. Suatu perpisahan yang tragis, terpaksa atas sebab untuk memelihara hak-hak jiran tetangga.

Malam itu, semua kucing-kucing (kecuali Che Teh) telah dipindahkan ke kawasan baru. Tempat yang ramai orang dan InsyaAllah akan memudahkan kehidupan mereka. Mungkin mereka kurang independent sebelum ini, tapi yakinlah Allah SWT pasti akan menjaga hamba-hambaNya itu.

Tompok dengan anak-anaknya Lion, Black and Grey; Kuning beserta anak-anaknya Kecik, Oren dan Kerapu: adik beradik Kontot, Putih dan Musang Kecik. Semua mereka nampak keliru pada malam tu. Barangkali mereka dalam kesedihan sama seperti yang kami dialami. Keputusan sudah dibuat dan tak boleh ditarik balik lagi.

Che Teh kat rumah asyik mengiau-ngiau mencari kaum keluarganya. Kesian. Moga-moga dia dapat terima keadaan baru ni. Che Teh ni kucing jantan, satu matanya dah cacat tapi badannya kuat dan cergas. Che Teh dan Oren (telah mati) adalah kucing terawal yang duduk di rumah. Mereka ni tiba-tiba muncul depan pintu di suatu pagi 3 tahun lepas (2008). Mulai hari tu mereka kekal di rumah kami. Seekor lagi anak kucing namanya Chik. Yang ni jumpa kat depan
restoran Bulan. Chik hilang dari rumah selepas sakit selama beberapa hari. Selepas dicucuk ubat di klinik, dia kembali sihat. Satu malam dia keluar rumah dan terus ghaib.
Kemudian ada seekor kucing betina yang selalu tumpang makan di rumah. Kami namakan dia Long Kang. Long Kang dah banyak lahirkan anak, yang lain-lain mati kecuali 3 ekor iaitu Puteh, Kuning dan Tompok. Yang tragisnya selepas beberapa minggu beranak, Long Kang ghaib meninggalkan anak-anaknya.

Keturunan Long Kang iaitu Puteh, Kuning dan Tompok juga beranak. Ada seekor lagi anak kucing yang dijumpai di padang golf PGCC, namanya Musang. Semua anak-anak ni menyusu dengan Long Kang. Bila besar, semua kucing ni pula beranak. Musang dulu yang beranak. Anak-anaknya hidup sampai hari ni: Kontot, Putih dan Musang Kecik. Musang juga ghaib dan meninggalkan anak-anaknya yang sangat kecik. Terpaksa bagi mereka minum susu supaya boleh terus hidup. Puteh pulak mati selepas beranak..akibat jatuh dalam parit dan terendam lama dalam air. Anak-anaknya juga mati. Lepas tu Kuning dan Tompok pula beranak. Anak-anak mereka ni yang dipindahkan pada malam 11.11.10.

Semuanya akan kekal dalam ingatan.