Lawatan 2h 1mlm ke Hatyai anjuran PEWANI, UiTM Kedah. Walau pun masanya singkat tapi berbaloi sebab banyak juga tempat yang sempat dilawati. Hari pertama ke Nora Plaza (brgn kulit & kraf), kedai aneka kacang & mkn ringan, mkn tengari di restoran Kay Tod Daycha (makan nasi kuning ayam goreng), Robinson supermarket & night market. Tidur di hotel Mayflower Garden-selesa gak. Hari ke2, breakfast nasi lemak di Salma restoran, kemudian ke Hatyai old market-beli baju & kain yg murah berbanding di SP, Carefour, naik kereta kabel di bukit Khao Tung Kuan & Samila beach. Akhir sekali ke Khlonghae Hatyai floating market untuk menikmati mknan & minuman yg dijual dlm perahu-suatu yg unik! Bertolak balik ke SP pada jam 8 mlm. Penat! Tapi rasanya nak pergi lagi ke Hatyai.
No comments:
Post a Comment