Monday, July 12, 2010

Penyelia: Faktor kegagalan PhD?

Kajian Azni et al. menunjukkan ramai pelajar PhD menyatakan kegagalan mereka adalah disebabkan oleh faktor penyelia (supervisor)! Benarkah begitu? Kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar PhD bergantung kepada banyak faktor spt diri sendiri, orang lain (keluarga, rakan, supervisor, masyarakat, institusi dll) dan persekitaran. Faktor diri sendiri paling dominan berbanding faktor-faktor lain. Kita lah yang buat keputusan untuk belajar, kita yang pilih tajuk, universiti, penyelia dll. Sebagai pelajar PhD, mereka mesti berkeupayaan mengawal dan mendorong diri supaya sentiasa berada di landasan yang betul. Tetapkan matlamat dan istiqamah untuk mendapat kejayaan tersebut. kalau ditaqdirkan mendapat penyelia yang ??, dapatkan bantuan co-penyelia @ orang lain yang pakar dalam bidang tersebut. Jangan terlalu bergantung kepada penyelia. Jangan menyendiri-berkawanlah dengan pelajar-pelajar PhD lain. "Be independent and matured". Apa-apa pun yang berlaku kepada penyelia, teruskan kerja dan jangan berhenti berusaha. Sentiasa lah berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan PhD kita, kerana kepadaNya sebenar-benar tempat pergantungan.

No comments:

Post a Comment