Saturday, November 13, 2010

11.11.10







Tarikh 11.11.10 mesti dikenang semasa hayat ini. Suatu perpisahan yang tragis, terpaksa atas sebab untuk memelihara hak-hak jiran tetangga.

Malam itu, semua kucing-kucing (kecuali Che Teh) telah dipindahkan ke kawasan baru. Tempat yang ramai orang dan InsyaAllah akan memudahkan kehidupan mereka. Mungkin mereka kurang independent sebelum ini, tapi yakinlah Allah SWT pasti akan menjaga hamba-hambaNya itu.

Tompok dengan anak-anaknya Lion, Black and Grey; Kuning beserta anak-anaknya Kecik, Oren dan Kerapu: adik beradik Kontot, Putih dan Musang Kecik. Semua mereka nampak keliru pada malam tu. Barangkali mereka dalam kesedihan sama seperti yang kami dialami. Keputusan sudah dibuat dan tak boleh ditarik balik lagi.

Che Teh kat rumah asyik mengiau-ngiau mencari kaum keluarganya. Kesian. Moga-moga dia dapat terima keadaan baru ni. Che Teh ni kucing jantan, satu matanya dah cacat tapi badannya kuat dan cergas. Che Teh dan Oren (telah mati) adalah kucing terawal yang duduk di rumah. Mereka ni tiba-tiba muncul depan pintu di suatu pagi 3 tahun lepas (2008). Mulai hari tu mereka kekal di rumah kami. Seekor lagi anak kucing namanya Chik. Yang ni jumpa kat depan
restoran Bulan. Chik hilang dari rumah selepas sakit selama beberapa hari. Selepas dicucuk ubat di klinik, dia kembali sihat. Satu malam dia keluar rumah dan terus ghaib.
Kemudian ada seekor kucing betina yang selalu tumpang makan di rumah. Kami namakan dia Long Kang. Long Kang dah banyak lahirkan anak, yang lain-lain mati kecuali 3 ekor iaitu Puteh, Kuning dan Tompok. Yang tragisnya selepas beberapa minggu beranak, Long Kang ghaib meninggalkan anak-anaknya.

Keturunan Long Kang iaitu Puteh, Kuning dan Tompok juga beranak. Ada seekor lagi anak kucing yang dijumpai di padang golf PGCC, namanya Musang. Semua anak-anak ni menyusu dengan Long Kang. Bila besar, semua kucing ni pula beranak. Musang dulu yang beranak. Anak-anaknya hidup sampai hari ni: Kontot, Putih dan Musang Kecik. Musang juga ghaib dan meninggalkan anak-anaknya yang sangat kecik. Terpaksa bagi mereka minum susu supaya boleh terus hidup. Puteh pulak mati selepas beranak..akibat jatuh dalam parit dan terendam lama dalam air. Anak-anaknya juga mati. Lepas tu Kuning dan Tompok pula beranak. Anak-anak mereka ni yang dipindahkan pada malam 11.11.10.

Semuanya akan kekal dalam ingatan.










No comments:

Post a Comment