Monday, November 22, 2010

Anak-anak + study



Tahun ni (2010) Luqman Hakim ada menduduki peperiksaan SPM. Persediaan telah dibuat-revision, bengkel, tuisyen, latih tubi, solat hajat, bacaan yaasin dll. Sekarang ni masa untuk berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT. Mama, abah, along, tok, ayah, mek dan seluruh kaum keluarga mendoakan kejayaan adik dalam SPM. Latifah Husna akan sambung pengajian asasi sains UiTM bagi semester 02 (Dis2010-Mac2011). Along kena usaha bersungguh-sungguh untuk pastikan cita-cita nak jadi pakar sakit jiwa tercapai. Pastikan mental, spiritual dan fizikal mantap. Banyakkan amal ibadat, doa dan jangan main-main semasa belajar!

No comments:

Post a Comment